Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Lapo tuan supir?
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Lapo tuan supir?



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Friday, 22-Aug-2008 12:00
Summer Trip to Cornwall - Day 1
Hasil daripada pengumpulan kupon-kupon dari The Sun Holiday, akhirnya kitorang sefamily beserta Fendi and Kak Ita sefamily berkonvoi ke Cornwall. Holiday selama 4 hari 3 malam di Trevelgue Holiday Park, Newquay. Hari pertama bertolak dari Leeds kira-kira pukul 8.30 pagi dan destinasi pertama adalah ke http://www.longleat.co.uk(Longleat). Tujuan utama ke sana ialah nak merasai pengalaman menengok binatang dari dalam kereta sendiri.. Kat Longleat nie banyak attractions nye, tapi kitorang pergi dua tempat je iaitu Longleat House dan Longleat Safari Park. Kalau nak gie semua attraction, rasnaya tak cukup sehari..

Sampai di Longleat kira-kira 1.30 petang. So, berpicnic dulu kat Longleat House.. And then bila perut dah kenyang, sesi posing-posing kat area tu dulu sebelum naik kereta ke Safari Park.. Actually, yang paling seronok mesti le budak-budak.. Diorang yang excited nak nengok segala macam binatang yang ada.. Dalam Safari Park tu sendiri ada beberapa zon.. East African Game Reserve ada giraffe, camel, llama, zebra.. Flamingo Valley mesti le ada flamingo.. Vulture Venue yang ada banyak burung vulture besar-besar tu.. Monkey Jungle yang monyet-monyet nye lepas bebas.. Ada yang manjat kereta orang, yang suka-suka tarik wiper kereta.. Badak sumbu, ankole cattle, rusa semuanya ada kat Big Game Park.. Pastu dapat le bagik makan rusa kat Deer Park. Pastu leh nengok burung pelican warna pink kat Pelican Pond.. Pastu area seterusnye masuk ke Tiger Territory.. Ada 4, 5 ekor harimau tengah bersantai-santai.. Kenyang agaknye.. Kat sini, sila le jangan bukak tingkap.. Mana le tau, tetiba harimau tu lompat masuk dalam kereta pulak.. abih nengok harimau, jom tengok singa lak kat Lion Country dan serigala kat Wolf Wood.. Apa pun budak-budak le yang paling seronok...

Target asal nak bertolak dari Longleat pukul 4 petang.. Alih-alih dekat pukul 7 malam baru nak bertolak ke Newquay.. Perjalanan ada 3 jam lagik.. Jadik kitorang sampai ke holiday park lebih kurang pukul 10 lebih.. Terus siap-siap untuk makan malam... Dan lepas tu Zzzzzzz..


Jom makan!!!


Depan Longleat House


Geli tangan bagi makan kat rusa nie...

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.