Oleh kerana plan nak petik apple tak jadik masa trip ke Cornwall hari tu, maka hari nie kitorang ke Chester untuk memenuhi hasrat tersebut.. Seawal pukul 9 pagi kitorang bertolak ke Eddisbury Fruit Farm dan tiba lebih kurang pukul 11 pagi..
So, budak-budak seronok le tengok apple merah berlambak-lambak atas pokok.. Si Angah dok petik epal, gigit sekali pastu buang dan nak petik yang lain pulak.. Punya le seronok diorang sibuk nak petik buah.. Antara buah yang ada ialah apple merah, apple hijau, pear... Dah abih aktivit picking, sempat lepak depan kedai makan aiskrim..
Kemudian kitorang bertolak ke Marbury Country Park untuk aktiviti BBQ.. Maklum le.. Peti ais kat umah penuh ngan ikan mackerel hasil pancingan Amin dan sekutu-sekutunye.. Jadik kena le buat BBQ nie.. Best betoi dapat makan ikan fresh.. Lauk lain dah tak pandang dah.. Hampir 3 jam menghabiskan masa makan ikan.. Bila nak balik, mata pun asyik nak terkatup je.. Semua mengantuk.. Bawak kereta pun ala-ala tak baper nak larat.. Tapi Alhamdulillah.. Selamat gak sampai ke umah...